http://afidie.com/blog random header image






  C

ategory of Hartanah - Real Estate

Bagaimana Nak Bayar Hutang Rumah Anda Dengan Cepat?

Sunday, August 3rd, 2008

Dipetik dari Blog Dr Azwan:

Biar saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda… DI dalam laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips nak melangsaikan loan rumah…

Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-
1. Bayar loan setelah dapat wang

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan… tetapi gaji masuk 25 hb contohnya… tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji… Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date… dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari… Jimat untuk 5 hari…

Read the rest of this entry &raquo

Fraud in Real Estate

Wednesday, March 26th, 2008

Hi All,

I created a new section called ‘Fraud’ that is focusing on the fraud activities related to real estate. As I plan to get involve more seriously in this soon, so it’s good to know the tricks used by those scammers. I started with the link of one of the famous fraud case in Malaysia.

Here it is: Lagenda Group

KWSP Perjelas Syarat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Tuesday, March 25th, 2008

Dari: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=2196

KWSP Perjelas Syarat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan syarat-syarat terperinci pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan seperti yang telah dimaklumkan dalam kenyataan media pada 7 September lalu.

Mulai 1 Januari 2008 ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2 boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka.

Read the rest of this entry &raquo

Apa beza ketiga-tiga ni?…

Friday, December 28th, 2007

Dari: http://www.tipshartanah.com

Sebenarnya perkara ni dah lama bermain di fikiran saya dan saya rasa amat penting untuk saya kongsikan bersama..

Apa yang saya maksudkan?… sebenarnya perbezaan yang perlu anda ketahui antara 3 perkara ini iaitu..
1) HARGA PERMINTAAN (Asking Price)
2) HARGA JUALAN (Selling Price)
3) NILAI PASARAN (Market Value).

Kenapa ini penting untuk anda ketahui?

Read the rest of this entry &raquo

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Friday, December 28th, 2007

Dari tipshartanah blog:

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Pemansuhan (Ya.. sebenarnya adalah PENGECUALIAN dan bukannya pemansuhan) CKHT yang diumumkan oleh PM baru-baru ini amat menggembirakan banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat secara terus dengan penjualan dan pelaburan hartanah.

Pemansuhan Pengecualian ini adalah bertujuan untuk merancakkan semula prestasi sektor hartanah yang agak lembab terutamanya kategori ‘medium’ dan ‘high-end’. Dengan pembangunan kategori ini yang berterusan dan memberikan bekalan yang banyak di pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, unit-unit hartanah kategori ini dilihat mengalami permintaan yang agak suram kerana kebanyakannya berharga melebihi RM1,000,000 dan memerlukan mereka yang benar-benar mampu sahaja - yang mana sudah tentunya majoritinya adalah syarikat-syarikat atau pelabur-pelabur asing.

Read the rest of this entry &raquo

Apa sebenarnya R.E.I.T?

Friday, December 28th, 2007

Dipetik dari: Blog Tips hartanah…

Sekarang ini bagi anda yang biasa membaca kolum-kolum berita mengenai perniagaan, pelaburan dan hartanah pastinya akan terlintas atau terbaca mengenai REIT. Bagi anda yang sememangnya di dalam bidang pelaburan saya pasti anda biasa dengannya tetapi bagi anda yang berada di dalam perniagaan atau hartanah, mungkin tidak semua yang arif mengenainya.. dan bagaimana pula dengan anda yang sememangnya tidak pernah ambil tahu mengenai pelaburan dan hartanah?.. hahh… saya pasti anda tentu tidak jelas mengenainya..

Jangan risau… posting kali ini saya terlintas pula dan ingin membincangkan serba ringkas mengenai apakah sebenarnya REIT ini dan apa yang menarik sangat mengenainya.. bagi anda yang sememangnya tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini… saya harap anda teruskan membaca, kerana saya akan menyatakan kepada anda bagaimana anda boleh memiliki sebahagian hotel, pusat membeli-belah, hospital dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit ini hanya melalui REIT..

Read the rest of this entry &raquo

Tips Hartanah

Friday, December 28th, 2007