Tyre safety
Untuk info korang semua..dari member aku yang keje kat kilang tayar Goodyear ss15..
Download pdf:here
Irregularities pada tayar
- bunga tayar yg haus tak sekata - tepi sahaja @ tengah sahaja
- sidewall tayar merekah
- bunga tayar sampai takat tread bar (6 lokasi pada tayar - macam garisan timbul yg melintang antara bunga tayar)
- Ujian syiling 20 sen - letakkan duit syiling 20 sen menegak antara celah bunga tayar. Kalau permukaan bunga tu dah cecah perkataan ’sen’, dah sampai masa utk tukar tayar. Keadaan bunga yg OK - perkataan ’sen’ tu tenggelam antara bunga tayar.
tyre rotation - jangan ikut suke depan pegi belakang…crossing kanan-kiri….tayar yg High Performance biasanya dah ditentukan arah pusingan atau kedudukan hadap dalam/luar (facing inside/ outside). bukan nak kata bahaya tapi tayar takkan perform seperti yg diharapkan. sepatutnya tayar tu ‘potong air’ (aqua panning) sebaliknya tayar tu ‘kumpul air’…especeli tayar yg jenis bunga atau ada bentuk V-tread (macam tayar keta aku - brikstong sport tourer), Eagle- F1…
- tayar takde expiry date..tapi dinasihatkan utk tukar bila keadaan di atas terjadi, atau lebih dari 4-5 tahun (bergantung pada penggunaan). Seeloknya kalo nak beli tayar, dapatkan tayar yg paling ‘fresh’ - cth - 0109 - minggu pertama tahun 2009
- WARNING - JANGAN BELI tayar seken hen - tayar yg re-tread (ulir balik bunga tayar tu), tayar tampal - besanya tayar lori/bas..
- kalau beli tayar baru tapi kelas yg murah…jangan nak memandai2 amik corner..buat drift ke…….tayar mahal grip lagi bagus dari tayar yg murah..