http://afidie.com/blog random header image






Airsoft: Tauke senjata tiruan ditahan

ad_seal4.jpgAisey..this is the worst news to begin 2009 with…ni yg tak best ni, baru nak start, dah kena camni….takkan la ada orang dapat PHD camni….

from: http://www.hmetro.com.my/

To download the complete news, click: here

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Rahsia kekayaan seorang ahli perniagaan akhirnya terbongkar selepas polis menemui pelbagai model senjata api berbahaya di rumahnya yang dipercayai diseludup sebelum dijual di negara ini sejak beberapa bulan lalu.

Antara senjata api yang ditemui termasuk senapang M16, raifal MP 5, pistol Glock dan Colt 45 automatik.

Bagaimanapun, semua senjata api berkenaan yang berkualiti tinggi didapati senjata api palsu yang menggunakan peluru getah.

Namun pemiliknya dianggap melakukan kesalahan serius berikutan penjualan senjata api tiruan kepada orang ramai adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung sebuah premis di Sri Hartamas di sini yang menjual pelbagai jenis senjata api tiruan kepada umum.

Katanya, dalam serbuan jam 5.30 petang kelmarin, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan pemiliknya yang berusia 44 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sejumlah besar senjata api pelbagai model yang dipercayai buatan Jepun dan Taiwan.

“Kebanyakan senjata api tiruan berkenaan didapati menggunakan gas untuk melepaskan tembakan,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu 10 pucuk M16, raifal MP 5, pistol Glock dan Colt 45 automatik berjaya dirampas.

“Siasatan mendapati semua senjata api palsu berkenaan dihasilkan menyamai 100 peratus senjata api tulen. Perbezaannya ia tidak menggunakan peluru hidup yang digantikan dengan peluru getah,” katanya.

Menurutnya, senjata api tiruan berkenaan dijual pada harga antara RM3,000 dan RM5,000 setiap satu.

“Susulan rampasan itu, ahli perniagaan berkenaan disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis masih menyiasat kemungkinan senjata api berkenaan turut dijual dan dibekalkan kepada penjenayah yang menggunakannya untuk kegiatan samun atau rompakan,” katanya.

Katanya, suspek bakal berhadapan dengan pendakwaan mengikut Akta Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah yang dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan dan rampasan senjata api berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, kejadian jenayah membabitkan senjata api tiruan dianggap serius berikutan polis Kuala Lumpur pernah merampas tiga senjata api mainan daripada kumpulan penjenayah sepanjang tahun lalu.

AddThis Social Bookmark Button

   

10 Responses to “Airsoft: Tauke senjata tiruan ditahan”

  1. bobby Says:

    bro.. ape kate kalu senjata api tu di label dgn tag kaler merah @ kuning kt depan die utk menunjukkan bahawa itu bukanlah senjata api tetapi hanyalah permainan. walhal kalu diikutkn, senjata airsoft langsung tidak mengeluarkan sebarang percikan api pon.. so sy rase xlehla di label sbg senjata api.. kalu nk rmpas pun, pgla rampas kt kdai2 mainan tu.. kn byk senjata api tiruan.. cume saiz je berbeza.. btol x bro? hahaha

  2. Afidie Says:

    apa kaler kita letak pun tak jalan nyer, pasal aku rasa masa depa gubal undang2 tu, depa tak terpikir ada lak mamat yg nak buat toy yg mmg 99% realistic camni. So bila dah jumpa, tatau nak dakwa atas dasar apa, kasi belasah jer la apa2 undang2 yg ada… ini pendapat aku lar…Malaysia boleh!

  3. Dragunov Says:

    xpe bro..sabarjela…sy pn skng tgh carik clan2 airsoft kt msia ni…yg aku dgr persatuan airsoft msia (MASOC) nk tnggu approval kt gov psal airsoft ni sbg sukan ekstrim..any info btau la gua

  4. Afidie Says:

    ok bro, keep in touch…
    Depa skang really ‘STAND DOWN’, email2 pun tarak, amende la….

  5. Dragunov Says:

    no problem…nk citer best2 add aku kt yahoo tuh…

  6. bobby Says:

    pe cite skrg ni bro? btol2 senyap je skrg ni? ni macam gulung tikar kte nampaknye.. ahahha..

    xkn xde pape brite terbaru kot? aduyaii.. pape pon, Malaysia Boleh.. ahahha *rofl

  7. Afidie Says:

    mmm..camtu la nampaknya bro…gulung tikar… aku pun lately ni bz skit ngan keje2 kat opis tu ha…anyway, keep in touch!

  8. bobby Says:

    oraitt.. no prob.. pepehal nati sy contact bro smule..

  9. ex-co Says:

    teman dah lama cari menatang ni @geng2 yang minat…kalau ada information mana leh beli dan club atau apa pun yang leh di jadikan rujukan

  10. Afidie Says:

    google jer bro… ;)

  Leave a Reply