http://afidie.com/blog random header image






Dr Irfan Khairi: Pengurusan Masa.

Some good tips from Irfan Khairi…

Ini adalah antara tips pilihan Dr Irfan Khairi mengenai pengurusan masa. Ya.. memang saya pun memahami mengapa masa itu amat penting bagi kita. Sebagai seorang yang mempunyai kerjaya banyak masa-masa kita dihabiskan dengan kerja-kerja dipejabat, apabila balik dari kerja kita akan berhadap pula dengan pelbagai komitmen.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, anda mungkin sibuk dengan isteri dan anak-anak. bagi yang sedang menuntut ilmu pasti akan berhadapan dengan komitmen terhadap pusat pengajian, pelajaran, kertas kerja, peperiksaan dan sebagainya. Yang menganggur pula pengurusan masa sedikit berlainan samaada mengabiskan masa duduk dirumah tambah berbuat apa-apa, ke pusat siber kafe bermain komputer atau game online, merempit di jalanan dan sebagainya.

Dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, “To
Do List!”. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan
pangkahkannya dari senarai kita. Bila sudah selesai, datang lagi senarai to do list yang baru dan ia berterusan sehingga sampai di satu peringkat anda ‘berehat’.

Selain dari membuat senarai to do list, satu konsep yang baru yang diperkata oleh pelbagai pihak dan juga memberi kesan yang amat mendalam dalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop doing List!”? Saya belum lagi ada senarai ini kerana saya pun baru mempelajari bagaimana untuk membuat senarai “Stop Doing List” itu pun selepas membaca email yang dihantar oleh Dr Irfan Khairi kepada saya. “Stop Doing List” adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit, menonton konsert, ke kelab malam atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

AddThis Social Bookmark Button

  Leave a Reply