http://afidie.com/blog random header image






Strategi Kekayaan 4 : Berniaga

from: http://www.mohdsuhaimy.com/

Sambung semula kepada siri “SSW”.. saya tidak pasti adakah pembaca-pembaca blog ini gemarkan siri SSW ini, harap dapat berikan sedikit maklumbalas di bahagian komen..

Setelah mempunyai asas kepada “pengurusan kewangan” yang betul, mempunyai simpanan dan mempunyai cash flow bulanan yang positif, maka, langkah seterusnya adalah memulakan perniagaan.

Mengapa perlu berniaga? Sebab “menyimpan” wang sahaja tidak akan membuatkan anda menjadi kaya. Wang yang ada perlulah digandakan dengan menjalankan perniagaan.

Namun begitu, pastikan anda sudah mempunyai “reserve fund” yang mencukupi. Paling minimum ialah 3 bulan. Bermaksud, jika sara hidup anda sebulan ialah RM2,000 , pastikan anda mempunyai simpanan sebanyak RM6,000 sebagai dana simpanan anda. Jangan gunakan wang reserve fund ini sebagai modal untuk perniagaan anda. Gunakan wang yang selebihnya.

Jika anda hanya ada lebihan sebanyak RM500, maka gunakanlahRM500 itu sebagai modal anda.. Jika ada lebih RM1,000 , gunakan RM1,000 untuk modal anda.. dan begitulah seterusnya.

Persoalannya kini, perniagaan apa yang hendak dijalankan?…perniagaan apa yang paling menguntungkan?

Untuk ini, anda perlu fikirkan sendiri… untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda memerlukan 4 perkara yang bersesuaian dengan anda..

1) Modal - berapakah modal yang anda miliki?
2) Masa - berapa banyak masa yang anda boleh gunakan untuk menjalankan perniagaan anda? part time atau full time?
3) Sumber - sumber bagi produk anda, hasil sendiri? atau daripada pihak lain?
4) Tenaga Kerja - siapa yang akan membantu anda untuk memulakan perniagaan anda? seorang diri? suami-isteri? adik-beradik? attendan pam minyak? atau makcik jenab?..

Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza bagi 4 faktor di atas, ada orang yang banyak modal tetapi tiada masa. Ada yang banyak masa tetapi tiada modal pula. Ada sesetengah pula, mempunyai produk yang baik, tetapi tiada masa dan modal untuk memasarkannya.

Jadi, fikir-fikirkan… contohnya, anda mempunyai modal sebanyak RM500 , masa 4 jam sehari (8-12 malam) , sumber (ada kemahiran membuat produk, tahu tempat-tempat untuk dapatkan bahan2 yg murah) , tenaga kerja ( sorang diri je buat masa ini)…. jadi apakah perniagaan yang boleh anda lakukan?

- berniaga pasar malam?
- kelas tuisyen?
- jual burger?
- baiki komputer?
- perniagaan internet?

Anda fikirkan sendiri… pilih mana yang sesuai dengan situasi & diri anda.

Apa-apa pun, sebelum anda memulakan apa-apa perniagaan, pastikan anda sudah mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran-kemahiran asas di dalam menjalankan perniagaan.

Jika sebelum ini anda sudah mempunyai ilmu mengenai pengurusan kewangan, kini, tumpukan pula pencarian ilmu anda kepada “ilmu perniagaan”, banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan.

AddThis Social Bookmark Button

  Leave a Reply